Sudah menjadi lumrah zaman ini kedua suami dan isteri sama-sama keluar mencari rezki untuk keluarga tersayang.

Sama2 penat, stress dan tiada masa untuk diri sendiri.

Setiap hari, apabila sudah letih pulang dari kerja, “duty” sebagai ibu dan ayah pula dimulakan.

Biasanya, si ibu akan kelam kabut siapkan makan malam, mandikan anak-anak, homework sekolah, mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk dan lain-lain… Kaum hawa biasanya akan mengeluh tanda kepenatan. Si suami yang dari tadi tu duduk di sofa main PUBG atau menonton Netflix akan tanya, “Syg, kopi saya mana?” “Syg, mkn malam dah siap, lapar ni.”

Kalau tiba malam Jumaat, bertambahlah keinginan si suami menagihkan perhatian dari si Isteri. Sunnah katanya. Hehe…

Sebulan dua, si isteri akan mengikut sahaja kehendak suami & anak2.

Namun, ada segelentir, kaum Hawa akan merasakan hidup dia sudah tiada erti. Hanya mengabdikan dirinya di tempat kerja & di rumah. Bahaya apabila emosi tidak sihat ini berterusan, kerana ianya akan mengundang stress yg terlampau atau lebih buruk, kemurungan. Sebagai ketua keluarga, tidakkah kita kasihan pada cinta hati kami?

Sebagai seorang suami dan ayah pada tiga org anak, saya juga pernah melalui fasa kehidupan ini. Namun, saya ada formula atau tips untuk suami-suami di luar sana supaya rumahtangga kami kekal harmoni. Insya-Allah, Amin…

 

Tips 1: Bertanya.

Memang benar, kebanyakan isteri2 sekarang keluar bekerja, Ianya perkara biasa.

Tetapi, normal itu tidak semestinya betul.

Kekuatan physical & mental manusia berlainan.

Mulakan dengan bertanya adakah isteri anda benar2 mahu keluar bekerja atau pon terpaksa keluar bekerja.

Kalau jawapan dia, saya suka bekerja, “I want to be among the independent careerwomen”. –  Bacalah tips kedua ye.

Andai jawapan si isteri, TERPAKSA bekerja demi menampung kos kehidupan keluarga, atau “awak yang paksa saya kerja!”, dah tiba masanya suami memikirkan cara utk melepaskan isteri dari penyiksaan ini.

Bagaimana? Tak mampu untuk isteri berhenti? “Siapa nak bantu saya!”.

Andai mampu, pastikan isteri berhenti kerja serta merta.

 

Andai tidak mampu,

(a) Usaha –

Sentiasa update isteri,” Saya dah ada plan, dalam masa setahun insyaAllah awak dah boleh resign.”

Suami harus buktikan usaha tu. Upgrade skill. Bekerja lebih. Overtime. Cari income kedua, side bisnes & sebagainya.

Income dari isteri harus menjadi pilihan anda yang terakhir. Saya akui memang susah, atasi cabaran ini! Anda boleh!

 

(b) Sentiasa berterima kasih pada isteri –

Selagi isteri anda terpaksa keluar bekerja, sentiasa ucapkan perkara yang indah seperti,

“Awak sgt cantik”. “Terima kasih sayang, penat cari rezeki untuk kita sekeluarga”.

 

 

Tips 2: Buang tabiat membuang masa.

Buang 100% tabiat bermain game. Ketepikan “screen time” & luangkan masa bersama keluarga.

Tempat kerja boleh main game? Tak boleh juga!

Kerana “screen time” ini akan menjadi kebiasaan. Bila boring, automatik tangan akan mengeluarkan telefon bimbit, ianya akan terbawa bawa hingga ke rumah.

Harus komunikasi bersama isteri & anak2 secara konsisten. Sentiasa buat jenaka & berlawak supaya rumah diiringi tawa & riang. Anda sendiri juga akan merasakan kegembiraan ini.

Apabila dah sihat dari genjala tabiat buruk ini, anda akan dengan sendiri menyibukkan diri dengan membantu keperluan isteri & anak2 di rumah.

Bayangkan senyuman manis yang akan diberikan isteri anda apabila melihat awak begitu rajin.

 

Tips 3: “Me Time Budget”

Suami selalu menyediakan budget bulanan rumah & perhatian sentiasa pada anak-anak.

Namun, kita seringkali terlepas pandang budget for “Mommy, Me Time”.

Biar isteri buat keputusan untuk aktiviti “Me time” itu. Biar isteri anda gunakan masa & budget itu untuk tenangkan fikiran bersama rakan-rakan, spa, foot massage, movies & lain-lain.

 

Selamat Mencuba!

 

 

 

Author

Write A Comment

error: Content is protected !!